Buat Duit Jual Merch di Amazon

Buat Duit Jual Merch di Amazon

Jual Merchandise di Amazon TANPA perlu uruskan produk sendiri.

Di Amazon, mereka ada buka satu program yang dipanggil. Merch By Amazon. Korang boleh sign up FREE di https://merch.amazon.com/landing

Untuk sertai program ini, Amazon akan tapis dahulu samada kita layak atau tidak untuk sertai program Merch by Amazon ini.

Apa dia Merch By Amazon ni? Program ini amazon buka untuk kita jual design kita dalam bentuk merchandise. Jadi, kita boleh jual apa-apa design original dari idea kita sendiri dan publish sebagai merch serta jual di platform Amazon sendiri.

Merch tu terdiri daripada:-

  • Shirt.

  • Tank top.

  • Long sleeve.

  • Sweatshirt.

  • Hoodie.

  • PopSocket.

  • iPhone & Samsung Case

  • Tote Bag.

  • Pillow.

Jadi, anda bebas untuk jual apa-apa sahaja merch seperti diatas ni menggunakan design korang sendiri.

BUKAN COPY dari internet.

Ianya original dari idea korang sendiri.

Ini contoh shirt yang dijual dari program Merch By Amazon.

Tapi, dekat situ ada nampak 1 design dari brand besar kan?

Sebenarnya ianya adalah satu kesalahan tu utk jual design dari brand mcm tu di Amazon tanpa mendapat keizinan atau lesen.


Okay, mesti ada yang tertanya samada kita perlu POS & PRINT merch tu atau macam mana kan?

TIDAK!.

Semua Amazon akan uruskan.

Mula dari Proses > Print > Shipping.

Kita hanya sebagai CONTENT CREATOR disana.

Kita jual content kita kepada amazon untuk dia print sebagai merchandise.

Jadi, apa yang perlu kita buat adalah.

Kita cuma create design, pilih merch yang nak dijual then collect komisen dari Amazon.

Itu sahaja.

Merchandise kita itu pula boleh dijual di semua laman web Amazon US, UK, Germany, France, Italy, Spain & juga Japan.

Kita boleh pilih utk fokus marketkan merch tersebut di mana-mana salah satu negara diatas.

Berkenaan KOMISEN ataupun ROYALTI pula.

Sebagai contoh, jika kita jual SHIRT dengan harga $19.99. Amazon akan membayar komisen sebanyak $5.23 kepada kita untuk setiap helai shirt yang terjual.

Not bad untuk komisen yang kita dapat untuk sehelai baju yang kita hanya publish design sahaja.

Itu baru untuk SHIRT, ada banyak lagi pilihan merchandise lain yang boleh kita jual menggunakan DESIGN YANG SAMA.

Tiada masalah. Dibenarkan.

Jadi, kalau korang banyak idea² kreatif, boleh buat meme based on current issues in US. Boleh cuba publish design tu di sana. Niche or meme based design memang laku keras dekat sana. Peluang tinggi untuk create kaw² sales disana.

Antara merch yang paling tinggi demand adalah,

  • Standard Shirt

  • Tank Top

  • Hoodies

  • Popsocket

  • iPhone case

Yang ini paling banyak terjual di Amazon.


Pendaftaran

Boleh daftar di merch.amazon.com

Untuk daftar tu, nanti korang pilih country United States. Bila depa mintak bank account, korang register di

Untuk dapatkan akaun bank US percuma. Fungsi wise ni sama mcm bigpay, ianya prepaid account.

Did you find this article valuable?

Support Buat Duit Di Internet by becoming a sponsor. Any amount is appreciated!